Apa itu jam randik ?


Apa itu jam randik ?

Jam randik adalah alat yang digunakan untuk mengukur jumlah masa yang berlalu bermula dari saat ia diaktifkan sehingga saat ia dihentikan. Unit pengukuran asas untuk jam randik adalah saat(s).

Jam randik digunakan dalam acara sukan (lumba lari dan sebagainya ) serta penguatkuasaan ( jam randik digunakan untuk membuat pengesahan ketepatan alat meter letak kenderaan).

Perlukah jam randik ditentukur (calibration)?
Ya. Perlu. Supaya bacaan tempoh masa yang diberikan adalah tepat.
• Agar tidak pertikaikan ketepatan jam randik yang digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan (meter letak kenderaan ) ataupun kalah/menang (sukan)
• untuk pengesahan ke atas jam yang digunakan dalam dewan peperiksaan

Anda boleh menyemak sendiri ketepatan jam randik anda melalui kaedah berikut:
• jika anda ada jam randik dan mahu membuat pengesahan sendiri, layari laman web http://mst.sirim.my
• tekan butang mula pada jam randik anda ketika masa di laman web tersebut berada pada 0 saat
• tunggu sehingga seminit di mana saat pada masa di laman web tersebut akan bertukar menjadi 0 saat semula dan tekan butang berhenti pada jam randik anda
• Sekiranya jam randik anda tidak menunjukkan nilai 1 minit, jam randik tersebut perlu ditentukur untuk mengetahui sisihannya.

Comments