Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa
terletak di Jalan 23/56, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Sekolah ini
ditubuhkan pada 20 April 2017. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Abdul Halim Bin Musa dan dibantu oleh 3 orang penolong kanan.
Pada masa sekarang,
sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan utama iaitu Blok A, B, C dan D. Pejabat
pentadbiran pula terletak di Blok A. Buat masa ini juga, sekolah mempunyai
seramai 21 orang tenaga pengajar dan 4 orang anggota kumpulan pelaksana.
Manakala bilangan kelas pula terdiri daripada 20 buah kelas Aliran Perdana dan 4
buah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Facebook: SMK Keramat Wangsa
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
INFO SMK KERAMAT WANGSA
1. WAKTU PERSEKOLAHAN
i. Sesi persekolahan : Pagi
ii. Waktu persekolahan
·
Isnin &
Selasa : 7.20 pagi–1.50 petang
·
Rabu : 7.20pagi–3.00 petang
·
Khamis : 7.20 pagi-3.30 petang
·
Jumaat :7.20pagi–12.30
tengahari
*Rabu &
Khamis ialah perjumpaan kokurikulum.
*Jumaat
ialah bacaan Yaasin dan Penghayatan Nilai Moral.
iii. Waktu Perhimpunan
·
Rasmi-
(Isnin) 7.20 pagi-8.00 pagi
·
Harian- (Selasa,Rabu,Khamis)
7.20 pagi-7.30 pagi
Facebook: SMK Keramat Wangsa
Comments
Post a Comment